Saturday, May 30, 2009

PERIMBANGAN PERKATAAN

Perimbangan Perkataan Dalam al-Quran .
.
Selain dari perimbangan perkataan dalam alam tabii, terdapat perimbangan-perimbangan perkataan lain dalam al-Quran. Walau bagaimanapun kajian yang dibuat tidak menunjukkan bahawa semua perkataan ada perimbangan. Ini rahsia yang belum diketahui lagi iaitu mengapa tidak semua perkataan berimbang.
.

Perkataan Sabata

Perkataan sabata (berehat pada hari sabtu). Apabila al-Quran bercakap tentang sabata dan kata terbitan dari sabata seperti as-sabt, ia dikaitkan dengan Yahudi. Orang-orang Yahudi berehat pada hari sabtu kerana menurut Torah dan Bible, Tuhan yang mencipta alam semesta selama enam hari dan pada hari ke-tujuh (sabt) tuhan berehat! Apakah satu kebetulan perkataan sabata dan kata terbitan dari perkataan ini disebut sebanyak tujuh kali? Sekiranya pembaca ingin tahu dengan lebih lanjut maksud sabbat, sila Klik laman web yang berjudul Sabbat Yahudi.
..
.

Apakah kebetulan perkataan sabbat disebut 7 kali dan sabbat merupakan hari ke-7 iaitu hari di mana orang-orang Yahudi berehat?
.
Ajaran Islam Yang Asas

Tawhid bermaksud Pengakuan Tuhan Itu Satu. Ia adalah ajaran Islam yang asas. Manusia dilarang menyekutukan Allah dengan apa jua seperti berhala, hawanafsu, pangkat, dan sebagainya. Namun perkataan Tawhid tidak disebut dalam al-Quran. Di dalam al-Quran, walaubagaimanapun ada menyebut perkataan 'sendiri' atau 'wahidan'. Dalam surah al-Mudathir, ayat 11.


(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) bersendiri (tidak berharta dan anak pinak),




(Yang berwarna merah bukan maksud yang asal, ini adalah penjelasan dari terjemahan al-Quran)

Perkataan sendiri disebut hanya sekali sahaja dalam al-Quran. Maksudnya perkataan sendiri disebut hanya sekali atau bersendiri sahaja dalam al-Quran. Lihat petikan di bawah (perkataan yang bewarna merah-tidak ditulis apa-apa nombor di bawah perkataan berwarna merah itu menunjukkan ia disebut sekali.








Perimbangan Perkataan al-Iman dan al-Kufr

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kitab-kitabnya, para RasulNya, Qiyamah dan Qada' serta Qadar Allah s.w.t. Serta mereka YAKIN kepada perkara-perkara ini, bukan semata-mata mereka mempunyai maklumat dan ilmu tentang. Lawan kepada al-Iman ialah al-Kufr. Dua perkataan ini disebut dalam al-Quran dengan kekerapan yang sama. Al-Iman disebut sebanyak 17 kali dan al-Kufr juga disebut sebanyak 17 kali, walaupun dua-dua perkataan ini disebut dalam ayat yang berlainan. Umpamanya perkataan al-Kufr dalam ayat di bawah.






Perkataan al-Iman disebut 17 kali. Lihat tulisan bewarna merah. Nombor dibawah itu ialah nombor 17.
.


Perkataan al-Kufr disebut 17 kali. Lihat perkataan yang bewarna merak di bawah. Di bawahnya ditulis nombor 17.
.



Soalan yang perlu dijawab oleh pembaca. Siapa yang menyimbangan perkataan ini ya kalau bukan Allah?

Perimbangan Perkataan Yang Berkaitan Dengan Sam'iyat
.
Akidah Islam tergolong kepada empat kumpulan (1). Uluhiyyah (Ketuhanan), 2. Nubuwah (Kenabian), 3. Sam'iyat (berita-berita yang dikhabarkan dan didengar dari al-Quran dan Hadith Nabi). 4. Ruhaniyyat (perkara-perkara yang dikaitkan dengan makhluk Allah yang tidak dapat dilihat, alam ghaib seperti malaikat, iblis, jin, ruh dll).
.
Contoh perkataan dari kumpulan Sam'iyat ialah al-Akheerat. Al-Akheerat adalah lawan kepada kehidupan di dunia (ad-Dunya). Dua perkataan ini ada ketikanya disebut dalam ayat yang sama. Umpamanya surah Ali-Imran 86.



Dalam ayat ini, ad-dunya dan al-akheerat umpamanya:




Dalam ayat ini, perkataan al-akheerat sahaja disebut.



Lihat gambar di bawah ini. Perkataan ad-Dunya disebut 115 kali. Perkataan yang bewarna merak itu ialah ad-Dunya dan di bawahnya tertera angka 115.
.


Lihat perkataan di bawah ini. Perkataan yang bewarna merak itu ialah al-Akheerat. Di bawah tertera nombor 115.
.

Apakah tidak menakjubkan kepada pembaca perkataan ini disebut dengan kekerapan yang sama?

No comments:

Post a Comment